ABOUT US

Cover Lazz

KISAH KAMI

Lazz Susu Kambing dimiliki oleh syarikat bumiputera muslim. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Fokus perniagaan Lazz adalah produk susu yang berasaskan susu kambing dan kurma.


KENAPA KAMI MENJALANKAN MISI INI

Bermula dengan minat dalam bidang keibubapaan dan penyusuan bayi, pengasas Lazz iaitu Puan Norhayati Mohd Redha nekad untuk menghasilkan produk berasaskan susu kambing dan kurma untuk membantu ibu-ibu yang bermasalah dalam menyusukan bayi mereka. Namun, melihat kepada potensi khasiat susu kambing Puan Norhayati telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi produk Lazz agar sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.


photo_2022-05-28 19.25.50


SIAPA SASARAN KAMI

Ramai yang menyangka bahawa hanya golongan ibu-ibu sahaja yang mendapat manfaat daripada khasiat susu kambing. Sebenarnya, susu kambing sesuai untuk diminum oleh semua lapisan umur tidak mengira jantina. Sehingga ke hari ini, kami menerima banyak maklumbalas daripada pengguna yang bukan sahaja bergelar ibu, malah pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil dan juga warga emas.


PRODUK LAZZ

Senarai Produk Lazz


Susu Kambing Asli

Orgamilk®️ : Organic Milk, menggunakan serbuk susu kambing gred terbaik & organik dari Holland dan diimport ke Malaysia.


Bebas GMO

Bahan mentah organik, tidak melalui proses modifikasi genetik lebih selamat digunakan terutamanya kepada kanak-kanak.


Tiada Gula Tambahan

Kurang manis untuk semua peringkat umur & mengelakkan ketagihan gula di kalangan kanak-kanak.


Tanpa Perisa & Pewarna Sintetik

Mengekalkan rasa & warna semulajadi yang selamat untuk kegunaan pelbagai peringkat umur.


MANFAAT LAZZ

Manfaat Orgamilk Plus

Manfaat Lazz Asli

Manfaat Lazz Kurma

Manfaat Lazz Choco

Manfaat Lazz Strawberi

Manfaat Lazzcafe